Sunday 30 May 2010

Saya dan Serunding Bilis

Keluarga kami begitu sinonim dengan serunding bilis ni yg dulunya kami kenali dengan Sambal Jambi.  Terasa agak pelik mengapa dinamakan Sambal Jambi sedangkan orang-orang di Jambi sendiri tidak mengenali sambal ini.  Maka dengan itu kami tukarkan namanya kepada Serunding Bilis. Lebih sesuai rasanya.

Asalnya serunding ini tidak la sekering yang saya buat sekarang… cukuplah sekadar tidak terlalu basah.  Kini, saya keringkannya sehingga garing supaya tahan lebih lama dan dapat mengekalkan rasanya.

Seingat saya serunding ini telah menjadi santapan kegemaran keluarga kami sejak saya kecil-kecil lagi terutama ketika hari raya. Serunding ini menjadi bekalan buat mereka yg tinggal di asrama dan juga kepada mereka yang ingin pergi ke luar Negara.  Malah semasa emak ayah saya ke Mekah menunaikan haji, serunding ini juga menjadi bekalan mereka.  Maklumlah kata orang, kalau nasib tak baik, makanan yang disediakan di sana tidak kena dengan selera kita.  Namun, Alhamdulillah emak ayah saya sentiasa berselera semasa di sana.

Terkenang semasa di sekolah berasrama penuh.  Emak akan sentiasa bekalkan serunding ini untuk saya dan adik saya.  Malah teman-teman rapat juga pernah merasa serunding yang emak saya bekalkan.  Memandangkan makanan yang disediakan di dewan makan asrama agak kurang menyelerakan, maka, serunding ini lah membuka selera kami. 

Kami makan dengan nasi.  Bila tengah malam perut rasa lapar, masak mee segera campurkan dengan serunding.  Sedap!!  Andai tak ada apa utk di makan, serunding ni aje la saya ratah. Hehehe…

Sekarang, anak-anak saya turut menyukainya.  Mereka suka ratah saja.  Walau rasanya agak pedas tapi anak saya yang berumur 2 tahun pun sangat sukakannya.

Oleh kerana itu, saya ingin kongsikannya dengan orang di luar ruang lingkup keluarga kami.  Maka, saya kormersialkan dan untuk mudahkan cara, saya jual secara online.

Bagi yang berminat utk mengetahui harga dan cara-cara order, semua ada di sini. Hanya klik pada tab SERUNDING BILIS dan HOW TO ORDER.  

Buat masa ini penghantaran dilakukan menggunakan pos laju.  Insyaallah akan datang akan menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran.

2 comments:

Anonymous said...

Nampak menyelerakan..kalau saya nak order..Awak ada buat hantaran ke Singapura ke?Kalu best lehh saya buat promosi pat sini.

mymerdu said...

terima kasih kerana berminat pd serunding bilis sy... sy boleh buat penghantaran ke sana... rasanya tiada masalah... cuma kos penghantarannya berbeza dengan apa yg tertera pd halaman Serunding Bilis di blog ini... sila la buat tempahan menggunakan borang yg telah sy sediakan itu ye... terima kasih sekali lagi...

Post a Comment