Sunday, 1 May 2011

Harga Baru Serunding Bilis MyMerdu



Kini harga Serunding Bilis MyMerdu telah diturunkan dr RM70/kg kepada RM60/kg (tidak termasuk kos penghantaran). Tempahan minimum 1/4 kg.

Untuk para pengedar, harga baru ialah RM50/kg juga tidak termasuk kos penghantaran. Untuk pengedar baru syarat untuk melayakkan anda menjadi pengedar masih sama iaitu perlu pembelian minimum 3kg.

Jadi tunggu apa lagi... buat tempahan sekarang!

Thursday, 15 July 2010

Ingin Jadi Pengedar Serunding Saya?



Ramai yang bertanya bagaimana ingin menjadi pengedar Serunding Bilis saya ini. Maka, ini jawapan saya.


Bagi yang berminat untuk menjadi pengedar, caranya mudah saja.  Anda hanya perlu membuat tempahan minimum 3kg. Harga untuk pengedar ialah RM60/kg.


Sunday, 6 June 2010

Penghantaran Terbaru

Alhamdulillah nampaknya permintaan terhadap Serunding Bilis semakin menggalakkan. Semua tempahan dibuat secara online. Mereka yang pernah merasa Serunding Bilis ini juga ada yang telah  membuat tempahan ulangan.  Kebanyakan tempahan dihantar melalui Pos Laju.  Namun ada juga penghantaran dibuat saya sendiri bergantung kepada jumlah tempahan.  Kos penghantaran itu ditanggung pembeli. 

Termpahan terbaru yang saya hantar sendiri adalah kepada Pengacara Majlis No. 1 Malaysia, YBhg. Dato' Mahadzir Lokman.  Penghantaran dibuat terus ke rumah beliau di Petaling Jaya, Selangor.  Ini merupakan tempahan pertama beliau.  Namun, setelah merasa Serunding Bilis saya ini,  beliau terus menambah tempahan.  Nasib baik saya membawa stok lebih.  Habis dibeli semuanya. 

Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato' Mahadzir kerana turut sudi untuk membantu dalam mempromosikan Serunding Bilis saya ini.

Sunday, 30 May 2010

Saya dan Serunding Bilis

Keluarga kami begitu sinonim dengan serunding bilis ni yg dulunya kami kenali dengan Sambal Jambi.  Terasa agak pelik mengapa dinamakan Sambal Jambi sedangkan orang-orang di Jambi sendiri tidak mengenali sambal ini.  Maka dengan itu kami tukarkan namanya kepada Serunding Bilis. Lebih sesuai rasanya.

Asalnya serunding ini tidak la sekering yang saya buat sekarang… cukuplah sekadar tidak terlalu basah.  Kini, saya keringkannya sehingga garing supaya tahan lebih lama dan dapat mengekalkan rasanya.

Seingat saya serunding ini telah menjadi santapan kegemaran keluarga kami sejak saya kecil-kecil lagi terutama ketika hari raya. Serunding ini menjadi bekalan buat mereka yg tinggal di asrama dan juga kepada mereka yang ingin pergi ke luar Negara.  Malah semasa emak ayah saya ke Mekah menunaikan haji, serunding ini juga menjadi bekalan mereka.  Maklumlah kata orang, kalau nasib tak baik, makanan yang disediakan di sana tidak kena dengan selera kita.  Namun, Alhamdulillah emak ayah saya sentiasa berselera semasa di sana.

Terkenang semasa di sekolah berasrama penuh.  Emak akan sentiasa bekalkan serunding ini untuk saya dan adik saya.  Malah teman-teman rapat juga pernah merasa serunding yang emak saya bekalkan.  Memandangkan makanan yang disediakan di dewan makan asrama agak kurang menyelerakan, maka, serunding ini lah membuka selera kami. 

Kami makan dengan nasi.  Bila tengah malam perut rasa lapar, masak mee segera campurkan dengan serunding.  Sedap!!  Andai tak ada apa utk di makan, serunding ni aje la saya ratah. Hehehe…

Sekarang, anak-anak saya turut menyukainya.  Mereka suka ratah saja.  Walau rasanya agak pedas tapi anak saya yang berumur 2 tahun pun sangat sukakannya.

Oleh kerana itu, saya ingin kongsikannya dengan orang di luar ruang lingkup keluarga kami.  Maka, saya kormersialkan dan untuk mudahkan cara, saya jual secara online.

Bagi yang berminat utk mengetahui harga dan cara-cara order, semua ada di sini. Hanya klik pada tab SERUNDING BILIS dan HOW TO ORDER.  

Buat masa ini penghantaran dilakukan menggunakan pos laju.  Insyaallah akan datang akan menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran.

Tuesday, 25 May 2010

A Few Good Tips - How to Make Perfume Last Longer

Make Perfume Last Longer

First, here's a little background about what makes perfume smell. If the perfume never evaporated, we'd never smell it! The scent molecules evaporate and perfume the air around us, where our sensitive noses detect the scent. Different components of the perfume evaporate at different rates, which means that the perfume will change over time. (This is also called "volatility.")

Why are some perfumes longer lasting than others? Why do some stay on other people, but not on you? The volatility of fragrances also depends on the wearer. Body temperature, weather, and skin dryness affect how fast your perfume launches off your skin.

People with oilier skin retain fragrance longer than people with dry skin. The oil binds the fragrance to the skin and results in a more controlled release of scent over time. On dry-skinned people, the fragrance tends to bounce right off. Redheads or pale blondes with dry skin have more problems with perfume longevity than most.

If this describes you, try applying perfume to the oiliest parts of your body. When applying, consider warmth and moisture. Perfume reacts well to body temperature, so you'll smell the scent strongest when you apply it to your pulse points---inside the wrists, behind the ears, behind the knees, the back of the neck, in the cleavage. Perfume also clings better to skin that is naturally oily or moist from a shower because of the evaporating properties of the alcohol mixed with many scents. This is why manufacturers make not only perfume but scented body wash, lotion and powder to match. Applying a scent in layers---for instance, using scented body wash followed by lotion and cologne---will make the scent linger. If you don't want to layer your scent, at least apply perfume or cologne to freshly moisturized skin before you dress.

Also, do not put your fragrance on immediately after you get out of the shower. The heat, soap, and water strip away your skin's natural oils. Try using a body lotion first, and give your skin time to recover its moisture balance. This will give the perfume something to latch on to.

Store perfume carefully. Manufacturers estimate that the shelf life of a perfume is about three to five years, depending on its ingredients and storage. Extreme light or heat is poison to perfume, because it can change the perfume's composition or color. Although the bottles look beautiful arranged in on a bedroom vanity, the best storage place for perfume is tucked in its original box and kept at room temperature---perhaps in a sock or underwear drawer. A dark or opaque bottle also will keep the scent longer than a clear one. Cap the bottle tightly, if it's not a spray, to avoid evaporation. When the perfume smells odd or changes color or consistency, toss it.

Remember, though, that perfume is a cosmetic. It's only temporary, and no matter what you do, it will eventually evaporate completely. Enjoy it while it lasts!